PENGENALAN PERSATUAN SENI JAHIT KREATIF (PSJK)
Laman web ini dilancarkan dan diuruskan oleh Persatuan Seni Jahit Kreatif (PSJK) – sebuah badan organisasi bukan-kerajaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, Malaysia.
Ahli-ahli PSJK terdiri daripada sekumpulan peminat dan pembuat kraftangan seni kreatif, di mana mereka berkumpul dan berkongsi pengalaman, bertukar fikiran, mempelajari kemahiran tentang seni kraftangan dan jahitan yang kreatif, seperti patchwork, appliqué, kuilting, sulaman, stained glass dan juga segala aspek tentang seni, kemahiran dan teknik jahitan.
Kebanyakan daripada ahli-ahli PSJK adalah ibu tunggal dan suri rumahtangga yang memerlukan mata pencarian untuk menambah pendapatan keluarga. Oleh kerana mereka juga bertanggungjawab menjaga anak-anak dan ahli keluarga yang lain di rumah, amat sukar bagi mereka mencari pekerjaan di luar. Bagi mengatasi masalah ini, PSJK telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan laman web ini sebagai medan pemasaran. Laman ini dijadikan sebagai satu saluran untuk memasarkan kraftangan buatan mereka,memaparkan kisah peribadi dan juga mengiklankan perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada anda yang mengemari kraftangan dan seni jahitan kreatif.
TUJUAN-TUJUAN WWW.PATCHESOFLOVE.COM
| 1) |
Memperkenalkan keunikan dan keistimewaan kraftangan buatan tangan seperti appliqué, sulaman, sulaman manik, kuilting, slash kuilting, stained glass, pakaian tradisi Melayu dan sebagainya. |
| |
| 2) |
Menyediakan perkhidmatan untuk pembeli di talian supaya mereka boleh memilih dan membeli kraftangan atau membuat tempahan dengan mudah melalui internet untuk diri sendiri atau sebagai hadiah kepada saudara-mara dan sahabat handai yang berada di Malaysia atau di luar negara.
|
| |
| 3) |
Memberi kemudahan kepada peminat atau pengumpul kraftangan untuk mencari dan membeli kraftangan kegemaran mereka secara mudah di talian tidak kira di mana mereka berada.
|
| |
| 4) |
Membantu pembuat kraftangan terutamanya ibu-ibu tunggal dan suri-suri rumahtangga untuk memasarkan dan mengiklankan kraftangan buatan mereka serta perkhidmatan menerima tempahan.
|
| |
| 5) |
Menyediakan satu saluran yang mudah dilayari tanpa batasan bagi pengunjung laman web dan peminat kraftangan supaya mereka juga dapat membantu pembuat kraftangan menambahkan pendapatan.
|
EPAL - RAKAN PEMASARAN DAN LATIHAN KRAFTANGAN
Pusat Latihan Kraftangan Epal merupakan salah satu saluran pemasaran utama PSJK dalam perihal pemasaran dan promosi kraftangan serta hasil jahitan pembuat kraftangan PSJK. Epal juga menyediakan latihan dan kursus bagi pembuat-pembuat kraftangan bagi mengawal mutu kraftangan yang dihasilkan dan meningkatkan kemahiran menjahit serta mempelajari seni jahitan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
|