|
Q1.Apakah itu www.patchesoflove.com? |
| |
|
<www.patchesoflove.com> merupakan laman web untuk membeli-belah kraftangan di talian yang diasaskan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) yang bertujuan untuk membantu ahli-ahlinya menambah pendapatan dari rumah bagi menyara keluarga di samping menjaga anak-anak dan ahli keluarga mereka. Learn more … (re-direct to Mengenai Kami) Banyak lagi... |
|
05 Dec 2007 10:50:08 |
| |
|
Q2. Dari manakah anda mendapatkan produk-produk kraftangan? |
| |
|
Semua kraftangan yang dipamerkan dalam laman web ini merupakan produk buatan di rumah yang dihasilkan oleh ahli-ahli PHBB, PSJK. Di mana kebanyakan dari mereka adalah suri-suri rumahtangga dan ibu-ibu tunggal. Banyak lagi … |
|
05 Dec 2007 12:02:31 |
| |
|
Q3. www.patchesoflove.com berasas di mana? |
| |
|
www.patchesoflove.com beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Semua urusniaga dan perkhidmatan pelanggan diuruskan secara in-house di Customer Support Center kami. |
|
08 Jan 2008 09:41:26 |
| |
|
Q4. Apakah itu 'Maker ID'? |
| |
|
Maker ID adalah kod yang diberikan kepada pembuat-pembuat kraftangan kami. Setiap kraftangan yang dibuat disertakan bersama label produk yang mengandungi nama dan kod ID pembuat tersebut. |
|
08 Jan 2008 09:44:22 |
| |
|
Q5. Apakah itu Kisah Pembuat Kraftangan? |
| |
|
Semua kraftangan yang dipamerkan di laman web ini adalah dibuat oleh ahli-ahli PHBB di mana setiap ahli mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Anda boleh klik atau mencari nama atau kod ID mereka di laman ini dan mengetahui lebih lanjut tentang kisah-kisah pembuat kraftangan yang menghasilkan kraftangan yang anda beli atau mana-mana pembuat kraftangan yang lain. |
|
08 Jan 2008 09:46:41 |
| |
|
Q6. Bagaimana saya dapat memastikan bahawa produk-produk itu adalah dibuat di rumah? |
| |
|
Terdapat lebih daripada 300 orang pembuat kraftangan dalam senarai kami yang bekerja di rumah. Anda akan mendapati satu label produk dikepilkan bersama produk yang dibeli. Pada label ini ada tercatat kod ID serta butir-butir peribadi pembuatnya. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pembuat kraftangan, sila ke Kisah Pembuat Kraftangan |
|
25 Feb 2008 13:04:09 |
| |
|
Q7. Mengapa saya harus mendaftar di <www.patchesoflove.com> dan membuka akaun? |
| |
|
Membuka akaun dengan <www.patchesoflove.com> membolehkan anda untuk merekodkan semua urusniaga yang telah dijalankan, serta menyediakan suatu cara yang pantas dan mudah untuk anda Log Keluar pada masa depan. |
|
08 Jan 2008 09:50:16 |
| |
|
Q8. Bagaimanakah caranya untuk saya membatalkan pesanan pembelian saya? |
| |
|
Anda tidak dibenarkan membuat pembatalan pesanan sekiranya Nombor Pengesahan Pesanan (Order Confirmation Number) telah dikeluarkan. |
|
08 Jan 2008 09:52:15 |
| |
|
Q9. Anda mengirim produk ke tempat yang mana? |
| |
|
Seluruh Malaysia dan negara lain. |
|
08 Jan 2008 09:53:52 |
| |
|
Q10. Bolehkah anda mengirim ke alamat pihak ke-tiga? |
| |
|
Ya. Anda boleh memberikan alamat penghantaran serta nama penerima dalam butir-butir
penghantaran. |
|
08 Jan 2008 09:56:59 |
| |
|
Q11. Adakah saya perlu membuat pembayaran untuk kos penghantaran? |
| |
|
Ya. Kos pengangkutan bergantung kepada destinasi penghantaran. Anda boleh mendapatkan jumlah caj dari jumlah yang perlu dibayar sebelum anda membuat urusniaga pembayaran. |
|
08 Jan 2008 09:58:45 |
| |
|
Q12. Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa anda telah mengirim barangan saya? |
| |
|
Satu e-mel atau sms akan dikirim dari Customer Support Center sebagai pemberitahuan bahawa pembelian anda telah dikirim dan juga disertai dengan butir pengiriman. |
|
08 Jan 2008 10:01:29 |
| |
|
Q13. Berapa lamakah tempoh masa untuk saya menerima produk yang dibeli? |
| |
|
Sekiranya alamat penghantaran anda berada dalam Malaysia, anda akan menerima produk anda dalam tempoh 14 hari bekerja.
Manakala, untuk alamat penghantaran di luar negara, produk anda akan tiba dalam tempoh 20 hari bekerja. |
|
08 Jan 2008 10:03:15 |
| |
|
Q14. Bagaimanakah cara-cara untuk saya membuat tempahan produk? |
| |
|
Anda perlu mengisi Borang Tempahan (Make 2 Order Form) dengan menyatakan butir-butir produk yang ingin ditempah dan e-melkannya kepada kami. Kami akan memberikan anda nombor telefon pembuat kraftangan untuk dihubungi, di mana pembuat tersebut akan menghubungi anda untuk urusniaga tempahan selanjutnya. |
|
08 Jan 2008 10:07:08 |
| |
|
Q15. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat pembayaran barangan tempahan saya? |
| |
|
Anda perlu berbincang dan membuat bayaran secara terus kepada pembuat kraftangan tersebut. |
|
08 Jan 2008 10:09:11 |
| |
|
Q16. Apakah pilihan cara pembayaran yang terdapat di www.patchesoflove.com? |
| |
|
PAYPAL |
|
25 Feb 2008 13:24:25 |
| |
|
Q17. Apa yang harus saya buat jika saya tidak menerima barangan saya? |
| |
|
Sekiranya anda tidak menerima barangan setelah tamat tempoh penghantaran, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel atau membuat panggilan telefon ke Customer Support Center kami. |
|
08 Jan 2008 10:10:58 |
| |
|
Q18. Saya berminat untuk menjadi ahli PHBB, PSJK. Apa yang harus saya lakukan? |
| |
|
Anda perlu membuat permohonan ke PSJK untuk menjadi ahli PSJK sebelum anda mendaftarkan diri sebagai ahli PHBB di bawah Program Home-Based Business. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami pada waktu pejabat atau menulis kepada kami. |
|
25 Feb 2008 13:26:19 |
| |